Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

kenapa cikgu tampar saya?

  • Tuesday, March 16, 2010
  • waktu itu aku di tahun enam. menjadi pelajar2 dikelas yang baik memberi sedikit tekanan terhadap kami untuk mencapai target sekolah..

    subjek bahasa melayu. subjek yang agak mudah untuk disasarkan A mungkin tu yang aku fikirkan masa itu. aku seorang pelajar yang tidak berdisplin. tetapi selalu la jugak skor dalam ujian. sama ada itu kelebihan atau kekurangan aku pun keliru.

    satu hari, macam biasa cikgu bahasa meminta kami menghantarkan kerja rumah yang telah diberinya beberapa hari sebelum itu. aku tahu aku terlupa membuatnya. tetapi, aku hantar juga buku tersebut walaupon tiada karangan didalamnya. bukan apa, cikgu akan suruh semua pelajar berdiri dan hanya yang menghantar buku sahaja akan dipanggil nama dan diarahkan duduk..

    setelah nama aku disebut, aku pon duduk dengan perasaan lega.. nmpaknya semua pelajar telah menghantar buku karangan tersebut..

    tapi, semuanya berubah apabila cikgi bahasa mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang dengan kami dahulu untuk menyemak karangan tersebut pada waktu itu juga.. aku sudah panik tetap bertindak tenang..

    akhirnya....

    nama ku dipanggil..

    SAFRI!!!

    aku pon bingkas bangun dan pergi kearah cikgu bahasaku..

    cikgu bahasa ku suda memasang kekuda dan..
    wacchaaaa!!!

    debushh....


    *bunyik berdesing*

    erk.. sakitnye.. kenapa cikgu tampar saya??

    (tapi saya tak repot r kat mak n abah, sebab apa, sebab mak n abah kompem akan pasang kekuda juga kat saya.. itu beza mak abah saya ngan mak bebudak skang agaknye)

    ***tammat***

    p/s: saje nak buat ayat karangan.. mengimbas kembali kenangan sekolah rendah dlu.. miahaha

    0 komen sempoi!:

    Post a Comment

    (c) Copyright 2010 chaie safri. Blogger template by Bloggermint