
begitu pantas hingga tidak sedar rupanya setiap detik dalam 2010 telah melepasi hidup kita.
tengok tajuk entry kali ni.
korang pon da tau ape yang nak diperkatakan.
ye.. agak mengejutkan tahun 2010 ini merupakan tahun remaja.
tahun remaja untuk berjenayah.
bunyinye agak tak sopan.
tapi realitinye memang tidak sesopan yang diharapkan.
macam-macam berita yang kita dengar mengenai keganasan remaja dalam tahun 2010 ini.
mengapa ye? kerajaan kita masih tidak dapat mendengar kata remaja yang tersirat sebenarnya.
bukan mahu salahkan kerajaan tapi kerajaanlah yang bertanggungjawab membentuk rakyat remaja dalam sesuatu bangsa dan negara. kerana itu dalam negara perlu ada kerajaan. yang paling mengejutkan adalah jenayah yang melibatkan remaja belasan tahun yang masih bersekolah.
melihat semula pada hari belia yang dianjurkan di putrajaya yang lalu. aku ada gak nak cari apa sebenarnya jati diri bangsa malaysia yang ingin dipupuk oleh kerajaan dalam aktiviti mega ini. mungkin hasrat kerajaan ingin menjadikan belia di malaysia terkehadapan dan tidak ketinggalan dalam segi kemodenan tetapi mereka tersilap kiblat budaya yang sebenarnya. ya..memang benar remaja sekarang suda terkehadapan setanding dengan remaja di negara maju yang lain. lihat sahaja mereka dari segi gaya menari, menyanyi, fesyen, gaya hidup, pergaulan. suda tidak banyak jauh beza. jangan lupa juga jenayah remaja. sangat terkehadapan. itukah jati diri rakyat belia kita?
bukan ingin berceloteh panjang mahu menyalahkan oramg laen. cuma kesal dengan apa yang kita ada.dan apa yang sedang kita tuju.
remaja mengaku bersalah menanam bayi
gaduh sempena hari guru
pelajar IPT serati parti liar
kem PLKN atau Hospital bersalin?
remja samurai bertindak ganas
6 komen sempoi!:
betul tu...
mcm2 masalah timbul..
humphhh..remaja skrg makin hancus..tak taw apa yg dorg fikir..good topic!!
thanks 4 reading. just nak berikan pendapat yang xseberapa.
penyelesaian kena ada. baru x bertimbun2 masalah.
inilah dia remaja yg bakal bimbing dan majukan negara!
kita lah yg bakal memimpin negara.
Post a Comment