Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

apa yang kita dapat dari blogging?

assalamualaikum dan salam sejahtera. salam berblogging kepada semua. diharap sume sehat hendaknya. suda macam karangan bahasa melayu tingkatan dua. tak mengapa. memang entry kali ni saya mahu mengajak anda sume membaca satu esei ringkas daripada saya.


okeh. nak bagitau dlu yang ini isu lama. isu yang sangat basic2 la orang cakap. motif berblogging. memang kebelakangan ini kita ada terbaca entri-entri yang mengetengahkan isu ini. mungkin mereka suda mula sedar apa yang mereka dapat dan apa pula yang mereka sumbangkan kepada komuniti sekitar. komuniti blogger. membuat blog bukan lah suatu perkara yang susah. tetapi menaikkan blog itu perlukan satu pengorbanan yang besar. masa, tenaga, wang ringgit dan tanggungjawab akan sedikit terjejas.  maybe that's the price that we should pay. tak kesahlah. itu kepuasan peribadi masing-masing.

blog. blog juga media penyampaian maklumat. itu sume orang tahu. juga media untuk mendapatkan wang. itu yang sume orang kejar. tetapi apalah guna jika kita menggunakan sebuah media ini untuk mendapatkan keuntungan sebelah pihak sahaja. kita menulis sekadar mengejar trafik untuk mendapatkan unique visitor yang banyak. isi penulisan zero. bahasa yang kasar tetapi ia realiti. ia umpama membandingkan sebuah majalah hiburan dan sebuah majalah ilmiah. cuba bandingkan dari segi jualan kedua-dua jenis bahan bacaan ini. konfem lah majalah hiburan yang akan mendapat hits yang tinggi. tetapi semua tahu perbezaan antara intelektual pembacanya bukan? tetapi bukan pula bermaksud menjadikan blog itu umpama buku teks. cukuplah kalau memberi sedikit pengajaran dan persoalan yang dapat dikongsikan bersama.

mungkin ramai yang mengandaikan saya ingin merumuskan bahawa blog itu atau ini tidak bagus. sebenarnya tidak. bukanlah samada bagus atau tidak bagus yang menjadi persoalan disini. cume apa yang korang dapat berikan dan apa pula yang korang dapat dengan mengadap komputer sepanjang hari? masa dalam sehari korang curikan sket untuk berblogging, tetapi apakah sumbangan korang terhadap komuniti yang membaca blog korang? beribu orang yang yang membaca tapi kalo sekadar berhibur tanpa mendapat sesuatu darinya apa gunanya kan?

kita merupakan komuniti blogger. mengapa kita tidak boleh mengubah perspektif  bangsa dan negara kita melaluinya. blog juga bole melahirkan bangsa malaysia yang berintelektual tinggi.semoga kita ke arah itu.
sekian,
chaie.
http://senyapsudeh.blogspot.com/

maaf diatas mana-mana kekasaran pengolahan ayat.

5 komen sempoi!:

mimi said...

dapat kawan yg baik cam ada maya nie

Judiene said...

blogging can be overrated sometimes..

lokman said...

betol2.....
sume perkara ada baek ade buruk,,
depend on individu teresebut,
naiat baek,,insyAllah baek la jadiknya,,,dan juga sebaliknya..

aku pun same....bukan la baek sgt bahase aku,,heeee

pensel kontot said...

berblogging ade baik dan buruknya
aku happy sgt berblog cz dpt ramai kawan2 alam maya

AnastasiaAnn said...

auwww terinsaf sekejap.. tapi aku berblog saja nak luahkan apa yang terbuku.. Maybe just maybe and hopefully one day, aku akan berubah ke arah itu juga. :))

Post a Comment

(c) Copyright 2010 chaie safri. Blogger template by Bloggermint