Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

bercinta setelah bersahabat?

  • Thursday, May 20, 2010
  • Labels: , , , , ,
  • ini adalah sebuah esei. sila baca tanpa rasa boring dan takbur.
    persahabatan. apakah persahabatan. persahabatan lahir dari sebuah perkataan akar iaitu sahabat. bererti kawan. kawan pula bermakna rakan ataupun saing. semua itu lahir dari sebuah talian yang terjalin daripada interaksi dua dan lebih individu dan mereka merasa selesa mengenainya. maka, dari situ lahir persahabatan. jadi dalam esei ini apakah yang ingiin diuar-uarkan mengenai persahabatan? ia mengenai sebuah perasaan yang luar daripada perasaan sekadar berkawan.


    menjalani rutin dalam berkawan sangat mudah. kerana sememangnya kawan terhasil untuk memudahkan. tetapi apabila timbul sebuah definisi lain yang dicampuradukkan dalam perkataan kawan maka akan terhasil satu perkataan lain. seperti mana timbul perkataan benci, dengki, cemburu dan juga cinta.

    ya. mangapa cinta yang dicahyatinggikan? ini kerana perkataan cinta dalam satu perhubungan kawan itu mungkin memberi satu perasaan berbeza dalam interaksi dua atau lebih individu tadi. memudahkan tetapi terdapat menyusahkan. sayang sekali kawan tidak lagi dianggap seperti kawan tetapi dianggap seperti individu yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya.
    begitu juga perhubungan yang renggang akibat pergaduhan dan pertengkaran. hubungan kawan terjejas dan sangat dirasai kekurangannya. begitu juga dengan perasaan ketika bahagia. semuanya bakal mengubah perasaan kawan tadi. dan apabila dirasakan kawan melayan sekadar kawan sedangkan perasaan kawan tadi suda ilang menjadi perasaan yang lebih mahukan perhatian.

    jadi apa yang ingin disampaikan sebenarnya? mengapa ramai orang yang tidak minat menaruhkan perasaan cinta apabila mereka sudah lama berkawan? mungkin kerana mereka terlalu sayangkan perhubungan sekadar rakan dan tidak mahukan suatu perhubungan lain merosakkan hubungan yang terjalin ikhlas tanpa mengharapkan balasan yang lain.



    ianya mungkin terjadi pada setiap orang. dan mungkin esei ini telah salah bagi pandangan mereka yang berjaya. ia terserah kepada individu. kerana bagi aku, silap sekali tidak mengapa. jangan pula silap kedua. sekian. kalo tak paham sila baca dua tiga kali. 

    8 komen sempoi!:

    syahrafi said...

    xde pengalaman ttg perkara ni..

    makdara terdiva said...

    tak ade istilah sahabat dlm hubungan lelaki & wanita..pasti akan ade titik2 cinta yg akan menautkan 2 jiwa..

    tapi kannnn..tu semua terpulang pada individu masing2..

    chaie said...

    itu pon saya xdapat nak sangkalkan jugak. heh3.

    chaie said...

    hahak. gi la cari pengalaman pertama. huhu

    Ery Farieha said...

    dah penah ade pengalaman ye. konon2 kawan pastu boleh bercinta, tp tak boleh.
    lepas tu bila kawan yang dah 5-6 thn kawan tibe2 konfes, aku terdiam. smpi skrg msg2 diam. so, aku hilang dah sorg kwn. huhuhuh kesian aku. pastu smpi skrg xde orang ngorat da.wuwuwuw



    =P

    nurul azua said...

    penah gak jadik camne...masih x mau ngaku suke kat dya sbb x mao persahabatan nie putus....=(

    chaie said...

    huhuh.. no comment. =(

    farah najwa said...

    ntahla. tp aku harap jodoh aku ialah kawan aku.mgkn antara kwn2 skrg.atau mgkn antara kwn2 akan dtg.tgkla, yg ptg kne kwn dulu.

    Post a Comment

    (c) Copyright 2010 chaie safri. Blogger template by Bloggermint