10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
p/s: wahai calon suami diluar sana, dimanakah kita?
9 komen sempoi!:
wah!! setakat ni 7 dari 10 ada pada bf saya..
harap2 boleh la jumpe laki yg menepati semua ciri ni
kalo x...xmo kawen!
hahahah erkkk.
wahida~ alhamdulillah.. semoga dapat yg terbaek lah ye.
ery~ haha.. ko bia betul. xkawen ah nnt.
susah la nak jumpe orang yang perfect dekat atas ni. huhuhu...
chaie...ko ade ciri2 sume tuh x?
hehehe~
syakir macam tu tak?
mai~ xsusah la.. ko sedang membaca blog beliau.. haha
cik biol~ haha.. juga..
syima~ ko rase??
liyanna~ err.. no komen.. cube la selami dri beliau lagi.
ak nak amek,letak kat blog ak,
chaie..pnt n mengah gak la nak tunggu ko ada ciri2 tu sume....haha
bengong cik liyanna....konfom la x...hah3...x suke jd baek...:P
Post a Comment