Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

kenapa saya perlu kerumah tetangga di pagi raya?

  • Thursday, September 2, 2010
  • Labels: , ,
  • assalamualaikum.

    tadi lepas exam aku tertidur. maklumlah exam tadi pukol 8.30pagi dan aku tidur semalam pon pukol 3 lebih. tap yang bestnye tidur kali ni ialah aku mimpikan suasana raya kat kampung. ahaiiii... kasi panas betullah mimpi raya dikala waktu-waktu gini..
    mungkin sebab sebelum tidur tadi ada sembang-sembang ngan member pasal raya.

    okeh2.. masa kitorang sembang tu la kan.. ada satu topik yang dibawa masuk secara tak sengaja tapi aku rasa amat penting untuk kita kongsi bersama. aku percaya setiap antara kita mesti ada kenangan melawat rumah jiran tetangga masa kecik-kecik dulu kan.. abes satu kampung di pusingnya..

    haa.. tapi kan, korang perasan tak budak-budak skang ada yang beraya gak gi umah -umah kan, p dorang tak nak masuk.. bila kita tanya jawabnya, dye nak duet raya je.. tak nak masuk dan menikmati juadah langsung.. ada kan??? mak aii.. gler kurang adab betul budak-budak zaman sekarang ni..

    bukan ape, kita faham yang budak-budak ni kadang-kadang belum boleh berfikir secara waras, tapi kenapa kita dulu bole berlagak malu sanggup masuk, makan ,minum dan tunggu sampai tuan rumah hulurkan duet raya. lama tunggu woh.. kadang-kadang da tunggu pon tak dapat duet raya. beredar lah kami dengan perasaan kecewa. itu kita dulu.

    ini yang kita kena terapkan kat budak-budak sekarang ni. kita jelaskan kat mereka apa erti berkunjung-kunjungan dihari raya. untuk saling bermaaf-maafan antara satu sama kita. memang la kenal pon tidak, tapi itu lah latihan untuk kita membiasakan diri meminta maaf dan memaafkan orang lain. masuk ke rumah itu penting, kita sebagai tetamu ni membawa masuk rahmat ke dalam rumah tersebut. senyum lah walaupun air sirap yang dihidang itu tawo bebeo rasenye.

    sebelum balik, disalamnya tangan taun rumah mohon maaf dan silap. mane tau dulu penah amek buah rambutan dye kan. mintak halal. duet raya hanyalah sampingan. memang ia menyeronokkan. ia galakan untuk pergi mencari kemaafan di rumah laen.
    cantek adat ini kalau betul gayanya.

    jadi, raya ini jangan lupa untuk menasihati adik-adik, anak-anak buah dan kanak-kanak yang kita kenal atau tak. jangan biarkan rutin ini menjadi suatu masalah yang kita jugak kena kawal suatu hari nanti. kita bukan mahu dorang faham sekarang, tapi supaya dorang bole berfikir suatu hari nanti kenapa saya perlu ke rumah tetangga di hari raya.

    3 komen sempoi!:

    misyamissyou said...

    haihh..bebudak sekarang macam tu la..nak salahkan mak bapak sbb xajar pn xtau jgak..kdg2 bdk2 ni xmakan ajar..dulu kite mak bapak ajar gi umah orang tu leklok, jaga adab ape semua..skrg? tak tau le..

    maisyara Pot! Pot! said...

    hehehe. mak mai kalau nampak budak datang macam tu, dia ckp

    kalau tak minum and tak makan kuih, makcik tak kasi duit raya! ;p


    baru semua terjah nak masuk makan and minum ^^

    Syakira edogawa said...

    betol we, btol2

    Post a Comment

    (c) Copyright 2010 chaie safri. Blogger template by Bloggermint