adakah hidup seindah yang disangka? |
dan aku tak tahu ape yang berlaku sebenarnya
cuma aku harap apa yang aku nampak bole membuatkan aku berfikir dua kali.
situasi simple tu bermula begini..
petang itu aku menunggang moto untuk pegi pasaraya berdekatan.
dalam perjalanan itu aku ternampak seorang lelaki menunggang sebuah basikal buruk.. membonceng seorang wanita yang mengendong anak kecil.
mereka berpakaian lusuh nampak seperti orang miskin tetapi bukan pengemis. pasangan tersebut maseh lagi muda berumur dalam lingkungan 30 an. mengayuh kemana aku pon tak tahu.. mungkin ke kedai atau ke rumah..
tapi hati aku cam tersentuh la.. tengok sepasang suami isteri hanya menaiki basikal buruk untuk kesana sini. manalah relevan di zaman sekarang. andai kata jika hanya basikal menjadi nadi pengangkutan mereka, macam mane pulak ngan tempat tinggal dan cara hidup. bukan simmpati yang aku nak luahkan. cuma aku berfikir sekejab..
begitu pentingnya pelajaran. tak mungkin laki2 itu seorang yang berpelajaran jika begitu cara hidupnya. kasih sayang tak cukup rasenya sebagai bekalan untuk keluarga mereka berkembang secara baik.
bagaimana wanita merangkap isteri laki2 terbabit bole tahan dengan cara hidup sebegitu. hidup dengan keselekehan.. bukan memperlekehkan tapi kagum dengan sifat bersyukur yang dye ada. sanggup sehidup semati dengan laki-laki yang tidak mampu memberi kesenangan kepada dia. adakah itu cinta? dikala ramai wanita yang curang terhadap suami mereka kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada.
bagaimana pulak dengan reaksi keluarga mereka bila tengok mereka hidup dengan kesusahan sebegitu? kritikan masyarakat setempat lak cam mane? mereka tinggal jauh dari masyarakat kah?
nampak laki-laki itu maseh ada sifat tanggungjawab yang tinggi. ya.. sape yang sanggup mengayuh basikal mambonceng anak isteri kemana-mana? kalau tengok orang muda zaman sekarang macam pelik la kalau buat camtu.. baek simpan je isteri kat umah.. buat kena kutuk lagi adalah.. sedangkan aku yang tengok sekali lalu pon bole buat entry pasal dorang.. inikan orang yang selalu tengok dorang ulang alik kesana kemari.
itu cerita yang aku reka buat ape yang aku nampak sekali lalu atas moto. mungkin tidak benar ape yang ditulis tetapi jika ia bole buat aku terfikir sekejab kenapa tidak aku kongsikan dengan korang semua.
selamat menjalani hari anda!
4 komen sempoi!:
romantik tu~~
ha tu la kuasa cinta kot..cinta sejati..still ada tp susah nk jumpa :)
hu?btl tu.kasih syg saje xckup sbnrny ;)
sumtime pntg pelajaran tu
like the story..makes me think too
Post a Comment